Thursday, September 29, 2011

Merah Putih- Steam BC untuk hantaran

Salam..Tempahan kek berbentuk hexagon ni ditempah juga oleh Puteri Maria untuk majlis bertunang adiknya..Puteri nak kan sebiji kek yang dekonya nice dan lain dari kebiasaan iaitu bunga merimbun..Terima kasih puteri kerana sudi lagi menempah dengan akak..InsyaAllah kita jumpa lagi di wedding cake pula yer :)..

Handmade chocolate untuk hantaran



Handmade chocolate- ditempah oleh Puteri Maria untuk majlis pertunangan adiknya Megat..terima kasih pu3..:)

Kelas Red Velvet dan Cartoon Artwork




Salam..sekitar kelas red velvet dan juga cartoon artwork..sesiapa yang berminat dengan kelas ini boleh la hubungi saya..

Chocolate moist cake untuk jamuan raya


Salam Kembali...tempahan dari Kak Marlia, Ketua Pergerakan UMNO bahagian untuk jamuan majlis rumah terbuka di rumahnya..Kulim Perdana..kek seberat 10kg ++ ini selamat di potong oleh Datuk Mukhriz Mahathir..Terima kasih kak marlia diatas tempahan ini...

Tuesday, September 13, 2011

Chocolate moistku untuk jamuan rakyat - MERDEKARAYA

Kak Marlia bersama orang kuatnya..

Petugas Caterer sedang sibuk menyiapkan meja untuk upacara potong kek


kek size 22 inci x 14 inci..kek yg paling besar dan berat yang aku penah wat so far....sgt mencabar sebab mana nak cari loyang size sebesar tu..dan juga oven europaku yg sekenit itteww..mana mungkin kannn..nasib baik industrial ovenku yg besar sudah boleh di gunakan..kek semua ok..tiba ke cake board dan kotak pulakkk...memang mencabar..tapi yg pasti selepas dari tempahan yg ini aku dpt banyak pelajaran bagaimana nak handle kek besar..terima kasih kak marlia kerana memberi peluang untukku..kak marlia juga request nak kek tinggi 3 inci..aku bakar guna 2 loyang..kek ni dilapisi oleh choc ganache dan juga choc ganache utk keseluruhan kek,.bayangkan hampir 2.5kg cooking choc digunakan..mmg berat kek ni sebab aku seorang diri tak daya nak mengangkatnya...apa pun alhamdullilah diatas cabaran ini..Selepas ni tahulah aku bagaimana nak buat kek besar dan berat untuk majlis macam ni ataupun majlis di hotel :)




Banner Jamuan MerdekaRaya - Pekan Padang Serai, Kedah Darul Aman

Salam semua, Baru-baru ni pada 11 september, aku telah dijemput untuk membuat kek untuk majlis jamuan rakyat MerdekaRaya, anjuran UMNO Bahagian Padang Serai, Kedah Darul Aman..Sekalung terima kasih buat kak Marlia, Ketua Pergerakan UMNO diatas kepercayaan yang telah diberikan untukku..Alhamdullilah cabaran telah diterima..dan terima kasih juga kerana kak Marlia yang tidak putus-putus menyokong produk ku..Kek yg ku buat telah dipotong oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah ini juga telah mendapat pujian dari tetamu VIP hari itu..syukur...:)

Wednesday, September 7, 2011

~ Bun Pizza Comel~ sedia menerima tempahan


Salam semua, Bun pizza comel ini sesuai untuk jualan di kantin sekolah. Selain size nya yg praktikal...ianya mengenyangkan dan berkhasiat untuk bekal anak-anak ke sekolah..bun pizza ini juga boleh dibuat frozen. Jika ibu-ibu yg sibuk dan tak sempat nak sediakan sarapan yg berkhasiat dan cepat..bolehlah tempah bun pizza ni...boleh beli dengan kuantiti yg banyak dan buat frozen pizza ni...

Sesiapa yang berminat nak belajar pizza bun macam ni boleh la hubungi saya...berbaloi-baloi...:))

Monday, September 5, 2011

Wedding cake - 5 tiers steam buttercream



Salam semua, kek kahwin 5 tingkat ini ditempah oleh adik beradik kembar dari Taman Jati, Kulim sempena majlis perkahwinan abang mereka iaitu Kapt Feishal pada 3hb September baru-baru ni..kesemua kek adalah chocolate moist cake dan frostingnya pula susah semestinya dari steam buttercream...teknik yang paling aku minati....keja jadi mudah dan cepat apabila kita dah tau segala skil tentang teknik ni...bunga-bunga dari buttercream.. makasih juga buat my helper Lina yang sudi sama-sama bersengkang mata demi menyudahkan tempahan ini..Alhamdullilah..kek siap dan pihak pengantin berpuas hati..terima kasih buat kedua saudara kembar yang menempah kek ini...

Bagi sesiapa yang meminati teknik ini..boleh la request kelas dengan saya..InsyaAllah saya akan perturunkan segala ilmu dan teknik tentang steam bc ni...

Red Velvet Cuppies

Thanks Dr Yang Rafidah diatas oder ini..:)

Cuppies Hantaran


Cuppies hantaran buttercream with small pink roses..thanks to my helper lina..:)

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails