Monday, October 31, 2011

Jadual kelas Terbaru Nov & Dec 2011

Salam semua,

Berikut adalah jadual kelas untuk bulan Nov dan juga Dec 2011. Berminat sila hubungi saya ya. Terima kasih :)

9hb Nov(Rabu) - terbuka kepada sebarang kelas personal
10 hb Nov(Khamis) - terbuka kepada sebarang kelas personal

12hb Nov(Sabtu)- kelas Puding Ala Hotel. Fee RM 150 untuk 4 jenis puding. Puding Strawberries, Puding Tiramisu, Puding Green Tea dan Juga Puding Black Forest

13hb Nov(Ahad) - Kelas anika kek kukus untuk jualan komersial. Fee rm 200 untuk 4 jenis kek. Kek Kukus Hati Pari, Kek kukus Lumut, Kek kukus Choc moist dan Kek Kukus Buah

15hb Nov -(Selasa)- terbuka kepada sebarang kelas Personal

19hb Nov - (Sabtu)- Kelas hands on bunga rose tanpa kon. Pelajari cara membuat bunga rose tanpa kon.Dan juga cara membuat bunga-bunga dari warna-warna pastel agar bunga-bunga nampak real macam bunga hidup. Fee RM 150. Percuma nozel rose untuk student. Tempat terhad..cepat siapa cepat dia dapat...

20hb Nov- (Ahad) - kelas anika tart dan cream puff & eclairs. Fee rm 200.

23hb Nov- Terbuka kepada sebarang kelas personal
24 hb Nov- Terbuka kepada sebarang kelas personal

December 2011

2hb December(Jumaat) - Terbuka kepada sebarang request kelas personal
3hb Decemver(Sabtu) - Kelas steam bc
4hb Decenber - (Ahad)- kelas roti hands on rm 250

16hb Dec(jumaat)- Terbuka kepada sebarang kelas personal
17 hb Dec -(sabtu) - Kelas Bunga rose tanpa kon
18hb Dec - (Ahad) - kelas kek slice/anika kek potong

Berminat..sila hubungi saya untuk semua kelas-kelas diatas. TQVM.

Kelas steam buttercream



Salam semua, kelas steam bc 2 tier kek dihadiri oleh Zaza, kak supina, kak harlina dan marihan..terima kasih semua...di kelas ini ajar bagaimana mendapatkan tekstur buttercream yang halus dan putih..serta teknik menuang dengan cara yang betul..bagaimana trim kek agar bentuk kek tetap maintain..tk jadi terlalu bulat sangat...hehehe..juga diajar membuat bunga rose dari menggunakan flower nail iaitu tanpa kon wafer...2 jenis teknik membuat bunga diajar..iaitu dengan menggunakan kon dan juga flower nail..ini supaya kedua-dua jenis method ini dapat diaplikasikan oleh student2 saya nanti..:)..

Kelas Kek Continental



Salam semua, bertemu kembali..Alhamdullilah kelas kek continental ni telah berlangsung baru-baru ni..terima kasih buat student-student saya semua..kesemua yg datang kelas ni dapat percuma satu loyang kek..cara penggunaan loyang dan tips-tips ada saya ajar dan tunjukkan dikelas ni..ini adalah sebahagian kek=kek yg diajar pada hari tersebut..antaranya, Russian black and white, kek Tiramisu, Kek Red Velvet dan juga Choc indulgence....

Tuesday, October 18, 2011

Promo kelas minggu ini..



Salam semua, mari join kelas-kelas ini..InsyaAllah di kelas kek continental saya akan share cara macam mana kita boleh buat kek continental dan simpan sebagai stok..ini sgt berguna untuk pengusaha bakeri..sebab tk kan nak buat kek sehari sebiji kan..mesti ada stok segera untuk kita..supaya kita tak penat dan tak putus-putus nak buat kek tu..cara mudah dan senang dengan teknik disertakan...teknik yg selama ni kita tak tahu sebagai home baker..jangan lepaskan peluang anda:)

Monday, October 17, 2011

Kelas Personal - Kek Continental


Salam. Kelas personal kali ini di request oleh cikgu Marihan Ramli..TQVM ya..cikgu marihan nak belajar kek choc indulgence dan juga red velvet..Testimoni dari cikgu marihan, TQ kak..sedap sangat-sangat la kek2 tu...:)..bagi anda yang nak belajar kek-kek seperti ini sila la hubungi saya untuk kelas personal DIY..

Tempahan

Dari En Halim, anak kepada pemilik Esse Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Jaya. TQVM
Kek Birthday edible untuk anak Puteri Maria..TQVM
Kek Hantaran Steam BC - tempahan Aisyah Chew..TQVM ya:)

Kelas Choc Indulgence dan Red Velvet





Salam, Kelas demo di request oleh 4 sekawan dari Tanjong hehehe..mereka nak belajar 2 jenis kek iaitu choc indulgence kek dan juga red velvet...jika ada yang berminat nak belajar kelas begini sila sms/call saya ya..kelas boleh diarrangekan :)

Kelas Cream puff




Salam semua, kelas terbaru iaitu cream puff dan eclairs..filling cream puff yang sangat sedap..produkl terbaru untuk jualan anda juga..berminat sila hubungi saya ya TQVM.

Sunday, October 16, 2011

Kelas personal Steam BC





Salam kelas personal yg direquest oleh student tegar..heheheh sebab Intan ni rajin menuntut ilmu dengan saya...kelas stim bc dengan bunga rose buttercream...

Kelas Tartlets





Kelas Roti





Salam, sekitar kelas roti..berminat sila hubungi saya...roti-roti yang diajar terjamin sedap seperti kat kedai bakeri hehehe..untuk yang nak buat biz roti amatlah sesuai..:)

Kelas Basic cupcakes

Wednesday, October 12, 2011

Update Kelas Terbaru


Salam semua, kelas-kelas yang akan berlangsung pada 22hb dan 23hb october 2011..berminat sila hubungi saya ya :) Thanks

Sunday, October 9, 2011

Mawar Kuning Pastel untuk Kek Hantaran






Salam semua, kek hantaran ini ditempah oleh Kak Yati, my cyber sista..kak yati ni memang rajin mengoder dengan ku..tka jemu-jemu dia beri support..i lap u la kak yati and thanks for all ur support towards my product..Ku buatkan mawar juga kerana itulah bunga kegemaranku..selalunya warna bunga yg ku buat agak terang dan menyambar hehehehe..menyambar mata ler...pinau tgk kaler bunga kan..

Tapi kali ku cuba kelainan untuk dekorasi kali ini dengan menggunakan warna-warna pastel..rasanya hati lebih jatuh cinta pada warna2 sebegini..ayuh kita jamu mata ya...:)

Ada juga yang request kelas untuk buang bunga rose sahaja...boleh hubungi saya yer jika nak belajar..saya akan ajar bunga rose tanpa gunakan kon..ni adalah contoh bunga mawar menggunakan flower nail...

Wednesday, October 5, 2011

Jadual Kelas Oktober 2011

Salam semua :),

Ramai yang bertanyakan kelas...agak lama saya tidak publish jadual kelas..banyak hal yang terjadi jadi saya merehatkan siri buat sementara waktu..jadi setelah lama berehat maka saya akan mulakan balik kelas diatas permintaan anda semua..

Jadual kelas adalah seperti berikut :-

OCTOBER 2011

11hb Selasa- kelas ASSORTED BUN- hands on. Pelajari bagaimana mendapatkan roti yang lembut dan gebu yang sesuai untuk anda buat makan di rumah dan juga untuk bisnes anda. Pelajari cara membuat roti seperti yang ada dikedai-kedai bakeri..InsyaAllah dikelas ini akan diajarkan cara membuat roti untuk komersial..
Sebanyak 10 jenis roti yg akan diajar termasuk lah Mexican bun, Bun sosej, Bun Pizza dan lain-lain lagi..YURAN- RM 200 - Sesuai untuk pengusaha bakeri - Selesai

12hb Rabu- Kelas Tartlets - hands on. Pelajari resipi rahsia tartlets yang gebu, kembung, cantik dan sedap. YURAN - RM 150

14hb Jumaat - Kelas Kek Kahwin 2 tier - Method Steam Buttercream. Pelajari resipi rahsia dan cara bagaimana mendapatkan steam bc yang cantik seperti fondant!!!..
YURAN - RM 300

15hb Sabtu - Kelas Continental Cake - Kelas DEMO. Pelajari cara membuat kek continental untuk jualan bisnes anda..Jana pendapatan dengan mempelajari kek yang sedap dan sangat ekonomi bahan-bahannya serta mudah untuk membuatnya....Kek-kek ala Secret Recipe...Antara kek yang diajar Kek Chocolate Indulgence, Kek Tiramisu, Kek Red Velvet with cream cheese frosting dan juga Kek Carrot Walnut. Anda akan membawa pulang 4 jenis kek yang sedap-sedap..
YURAN - RM 180 - sesuai untuk pengusaha bakeri - Dibawak ke tarikh 22HB OCTOBER (SABTU DEPAN)



23HB october - kelas hands on 2 tier wedding cake - method steam buttercream. Fee RM 300.


26hb October - Potluck Gathering bersama ex student saya di rumah saya, Disini saya akan menjemput semua bekas-bekas student saya untuk ke rumah saya, kita buat gathering ramai-ramai...saya akan buatkan 2 DEMO masakan percuma pada hari itu..

Sunday, October 2, 2011

Kek Red Velvet & RV cupcakes


Red Velvet dan juga cuppies RV ini juga sitempah oleh Syudaha untuk majlis potong kek perkahwinannya..Thanks again Syuhada diatas oder ini..

Red Velvet untuk Hantaran Pertunangan

Red Velvet ini ditempah oleh Syuhada untuk kek hantarannya. TQVM syuhada

Birthday Cake

Happy Birthday Nurizz Qalesya


Salam semua, tempahan dari Yanty my ex-student yang penah belajar deko cupcakes..TQVM and Happy Birthday Nurizz Qalesya

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails