Saturday, June 20, 2009

Fondant and Buttercream cuppies
















Tempahan dari Rohaya my return customer dari Padang Serai untuk cupcakes fondant sempena majlis pertunangan.
Tempahan kedua dari Michelle, Bukit Mertajam, Michelle nak berikan suprise cuppies ini buat boyfriendnya..dia nak wording BIBI..maksud manja ye michelle...heheheh nice to meet you...hopefully you enjoy ya..thanks...


Wednesday, June 17, 2009

Steam Buttercream wedding cake- Amirul








...Salam semua..Steam buttercream kek ni ditempah oleh Kak Kamariah untuk majlis perkahwinan anak sulung nya..iaitu Amirul..Tak sangka yang pasangan pengantin ni rupanya bekerja satu kompeni dengan ana hehehe alahai ...kita ni tak tau sebab yang menempahnya ibu Amirul...masa pegi makan kenduri baru tau yang pasangan pengantin tu ana kenal kedua-duanya heheheh..apa pun selamat pengantin baru buat amirul dan izzah..semoga kekal bahagia hingga ke syurga.....


Tuesday, June 16, 2009

Fondant cake - Class

semua student bergambar dari kiri Mas, Kak Wati, Nurul, Diana dan Kak nomi
Hasil semua student...cantik kan..dengan semua roses yg dibuat sendiri dari gumpaste...

Diana


Mas



Kak Wati




Kak Nomi





Nurul, nurul nakkan kelainan dengan design kain dan bunga rose dari gumpaste(hasil buat sendiri dari gumpaste)
...Salam semua, kelas fondant yg berlangsung baru-baru ini...kelas yang dihadiri oleh Mas, Kak Wati, Nurul, Diana dan Kak nomi..mereka-mereka ni semua adalah my ex-student yang penah datang belajar kelas ana beberapa kali sebelum ini...sayang kamu semua muahhhhh...
Cantik-cantikkan semua hasil mereka kan....ok jika anda berminat nak belajar membuat kek fondang yang cantik, halus dan putih gebu seperti ini..silalah join kelas ana yer..sila emel ke ana.elianas69@gmail.com untuk jadual kelas yg akan datang...
antara yang akan anda pelajari:-
- membancuh fondant
- menguli fondant
- cara cover kek dengan fondant - semua kek adalah kek betul ya..bukan kek dummy...so dapat kek cantik dan boleh dimakan bila bawa pulang nanti...hehehe
- cara membuat frill, swag
- cara membuat bunga rose gumpaste






Friday, June 12, 2009

Kelas CMC with rose ganache












..Salam semua..Kelas kek coklat moist dengan rose ganache berlangsung baru-baru nie..Min dan rakannya Suhaini..lihatlah keindahan rose ganache yg dibuat oleh mereka berdua..banyak latihan praktikal dibuat sebelum bunga-bunga rose ini diletakkan diatas kek masing-masing..:)
Jika berminat nak belajar membuat kek coklat moist yg sedap dan hiasan buanga rose dari ganache..boleh lah menghubungi ana ya...
Next kelas ialah pada 5hb Julai..cepat tempat terhad..anda akan pelajari cara memfrosting ganache yg cantik berkilat ini, membuat rose dari ganache, border dll..lagi..semua bahan-bahan yg saya ajar adalah menggunakan bahan-bahan asas yg berkos rendah dan sedap...


Various orders- Hantaran Cupcakes











Tuesday, June 9, 2009

Cuppies Hantaran





...Tempahan hantaran untuk cupcakes...bertemakan merah putih, purple putih..jika berminat nak menempah boleh la menghubungi ana yer..thanks..

Monday, June 8, 2009

Tempahan buat sang Ayah...





.....Tempahan ni datangnya dari Siti Fauziah, Siti menempah untuk ayahandanya yg tersayang yang baru-baru ini melangsungkan pernikahannya...Siti tertawa kecil bila memberitahu yang tempahan ni adalah untuk majlis besar ayahnya... Ana ingatkan dia yang nak nikah......order ni bukan untuk saya kak..tapi untuk ayah saya..untuk majlis akad nikah ayah....apapun semoga selamat dan berjalan lancar majlis tu...tahniah buat ayah Siti..Siti menempah kek choc moist dengan rose ganache, cuppies choc moist untuk makan-makan dan juga fruit tarts..tapi gambar fruit tart tu tak dan nak diambik ..

...Rich Choc Moist dengan rose ganache ni seberat lebih kurang1.6kg...memang full dengan coklat sebab semua bunga rose dan daun-daun tu dari coklat. Jika sesiapa yang ingin menempah bolehlah menempah dengan ana..rasailah kelazatan kek choc moist yang istimewa ini..sesedap rasa ditekak...juga untuk sesiapa yang ingin mempelajari cara membuat kek choc moist dan frosting dari coklat dan rose dari ganache ni bolehlah menhubungi Ana ya..InsyaAllah ...Ana akan kongsikan ilmu ini nanti di kelas...jadi apa tunggu la ya..hurry grab the chance...hehehehe
...Kelicinan frosting coklat ganache ni memang terserlah kan..semua bahan-bahan untuk buat kek ni..adalah dari sumber yang murah dan sangat sedap!!!!!..tak semua kelas yang kita belajar akan ajar kita guna bahan yng berkos rendah..

...Cuppies pulak untuk makan-makan..deko ana buatkan yg simple dan sweet...rose bud putih... Terima kasih Siti Fauziah diatas order ini...

Sunday, June 7, 2009

Black & White again




...Temapahan dari Kak Kamariah, Bagan Luar..bertema itam putih dari kipas kecil yg comel...

Friday, June 5, 2009

English garden theme cuppies






...Tempahan dari Shakira yg tinggal di Permatang Pasir, Shakira nakkan 16 cuppies untuk hantaran danjuga 25pcs cuppies untuk makan-makan..tema pulak nak bunga dgn warna putih, merah , pink dan itam..Maaf ya diatas terlepas pandang akan oder shakira nie..sik baik shakira call awal nak ambik..jadi sompat la den mengodak bancuhan dan mendeko cuppies nie..yang penting jangan panik jer...

Wednesday, June 3, 2009

Steam Buttercream wedding cake






...Tempahan dari Aiza, Pokok Sena yang baru melangsungkan hari bahagianya..method steam buttercream untuk kek 3 tingkat...Ketiga-tiga kek tu adalag kek coklat moist...

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails