Friday, January 22, 2010

Juicy Couture Handbag



...Salam semua, baru-baru ni dapat join kelas Shahril ni..kelas juicy couture handbang..handbag yg mewah dan esklusif...walau pun fee kelas ni ribu riban namun sangat berpuas hati kerana tool lace yg dapat dikelas bermacam-macam design gitu ..dan juga kata shahril design lace ni hanya untuk kelas ni jer...kelas berlangsung 3 hari diCheras..bermula dari membancuh fondant, buttercream, membuat modelling paste dan juga membentuk scrupture kek seperti handbag...kek pulak kek betul bukan kek dummy...memang berbaloi kelas ni sebab dapat banyak ilmu baru...dan juga kenalan baru..thanks to Rye for the panadol yer, Ila yg ayu, kak ilah yg gamat..dan aize yg ayu...anda semua bestttt sangat...juga buat Shahril yg tidak kedekut ilmu dalam mengajar...

Wednesday, January 13, 2010

Kelas steam buttercream






...Salam semua, kelas steam buttercream baru-baru ini dihadiri oleh nurul( yang minta kelas ni dah lama, akhirnya baru tercapai ya nurul..hehehe)kak faizah, kak rubi dna juga kak faridah dari Nibong Tebal...kelas bermula jam 9.30am dan berakhir jam 5petang....sempat pula kami semua ni berkelah makan tengah hari mengadap sawah depan umah ana hehehe...lihatlah hasil mereka...nurul sukakan bunga rose dan dia amat cekap buat bunga rose...kak rubi, kak faizah dan nurul adalah bekas student sebelum ni..kak faridah pula tak penah mendeko dan inilah kelas deko yang pertama kali dia hadiri...agak kekok membuat rose jadi pilihannya nak buat bunga 5 kelopak dan basket wave ...sebab dia teringin sangat nak tau mcm mana nak buat basket wave ni..kepada mereka semua terima kasih kerana sudi belajar dengan ana ya..semoga dapat mempraktikkan selalu teknik ni ya untuk dapatkan skil...bagi yang berminat nak belajar cara steam buttercream ni boleh la hubungi ana ya...

Kelas cartoon artwork




...Salam semua, kelas hands on cartoon artwork diminta oleh kak Syam dan Su dari SP. Keduanya pernah belajar kelas basic cupcakes dengan ana sebelum ni..kelas dibuat pada hari weekdays sebab hujung minggu tu tak dapat nak conduct apa-apa kelas...Su mengambil cuti pada hari itu kerana nak juga attend kelas yang tertunda ni..terima kasih buat kak syam dan su yang sudi belajar dgn ana pada hari tu..mereka berdua begitu bersungguh-sungguh menyudahkan kek masing-masing...Jika ada yang berminat nak belajar hands on kek yang sebegini bolehlah menghubungi ana ya...

Personal kelas - mimi Bagan Serai




..Salam semua, mimi dari Bagan Serai sms ana disuatu hari, kak ana boleh tak buat kelas untuk saya dalam masa terdekat ni...?saya nak belajar kek wedding 2 tingkat jenis buttercream dan sebiji kek fondant....maka date pun diarrangekan...hehehe walau pun minggu tu off day memang ingat nak rehatkan diri sekejap dari kelas....nak juga gi pamperkan diri huhuhuhu sebab sejak dua menjak buat baking..tak de dah nak belai diri sendiri hahahah asik bergelumang dengan aising dan tepung ja... ..Namun tak sampai hati pulak nak menolak permintaan darinya..
...Kelas bermula jam 10.30am dan berakhir kira-kira 7pm..teringat kata-kata mimi ketika dia mendeko wedding kek 2 tingkat tu...kak ana..saya rasa macam nak muntah darah dah mendeko kek ni...rasa jantung tak leh nak berdegup dan tak bernafas.....hahahaha tu la cabaran nya mimi kena sabar...kerja deko bukannya leh buat terburu-buru kena sabar dan yang penting jangan tension....itu baru permulaan... Namun ana puji semangat dia yg tak luntur..hasilnya dia tetap menten semangat berkobar-kobar dia tu...InsyaAllah kak ana doakan yang terbaik untuk masa depan biz mimi nanti..
...Untuk penduduk di sekitar Bagan Serai jika ingin menempah kek dan cupcakes boleh la hubungi mimi di http://sweetheartstories.blogspot.com

Untuk jadual kelas sila rujuk ke bawah ya...


21hb Januari - kelas personal - booked

29hb Januari - Kelas steam buttercream - hands on - RM 200 - open
30hb Janauri - Kelas basic cupcakes - hands on - RM 150 still available
31hb Januari - Kelas cmc rose ganache -hands on - RM 250 - open

...Terbuka untuk sesiapa yang ingin belajar kelas one to one on weekdays sahaja...sila emel butiran lanjut jika berminat...tqvm...

Monday, January 11, 2010

CMC

Cuppies mix - BC and Fondant






CMC anniversary


Strawberries cuppies dan CMC - Nurfah, Kulim




..Nurfah , customerku dari TM Kulim, setiap tahun tanggal 10 Muharram akan menempah dan minta dihantarkan ke rumah anak-anak yatim Bedaya, Kulim...30pcs choc moist strawberries cuppies dna juga 3kg CMC. Terharunya dan tersentuh bila jejak kaki ke asrama Bedaya ni..terima kasih Nurfah...semoga rezeki mu sentiasa di berkati Allah swt

Cupcakes fondant - rose putih


...Tempahan fondant cupcakes dari Syafinaz, Parit Buntar yang memilih rose putih...temanya semua putih...rose dari royal ising...sampai sakit jari-jari menyiapkan 100pcs cuppies ni..Thanks finaz...

Tempahan Mila - Kepala Batas




..Tempahan dari Mila, Kepala Batas... kek hantaran fondant dan wedding kek bertemakan merah putih...

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails