Thursday, February 25, 2010

Kelas Steam BC - 19hb Feb






....Salam semua...terbaru kelas yang berlangsung baru-baru ni...kelas steam buttercream yang dihadiri oleh Kak ida, Mahani(dah kenal mahani masa kami sama-sama belajar deko dgn anis rhynseri... . Mahani juga ibu saudara kepada najah... tak sangka mahani datang belajar dengan ana pulak..
Hazu pula dah penah hadiri kelas cmc rose ganache sebelum ni...sorang lagi Najah ler..dia amik 2 kelas hari tu..pagi cmc dan petangnya join kelas stim butter nie..
....Kelas hands on steam butter ni...semua hasil "pouring" stim BC ni adalah dari tangan student sendiri ya...dalam kelas ni mereka diajar bagaimana membuat BC ni, 'menstim' BC(ada ka bahasa ni ???..wakakaka sori la yer x pasti perkataan sebenar)..membuat bunga rose dan bunga 5 kelopak...
..Sebab cuaca yg sangat panas dan juga tangan-tangan mereka yg panas-panas tu...BC bunga cair sebelum jadi bunga hihihihih...ok tak per...kita tukar ke resipi BC bunga yg stiff..always ada plan B punya...
...terima kasih buat semua yang hadir pada petang tu..selamat maju ya dan praktis selalu..InsyaAllah akan dapat skil ni pula...

Monday, February 22, 2010

Personal kelas CMC - Najah



...Salam semua...updates kali ni mengenai kelas personal - Najah dari Perlis..Najah yg berasal dari Kebun Sireh, BM..pulang ke kampungnya untuk bersalin..jadi tempoh cuti bersalinnya digunakan sepenuhnya untuk belajar dgn ana...masa datang belajar najah baru ja habis pantang...
Seingat ana...najah ni memang dah lama berhajat nak belajar dengan ana tapi jodoh kami tu selalu jer tak der hehehe..kan Najah...
..Walaupun dia kata sebelum ni penah belajar cmc rose ganache ni dilain kelas..tapi dia tetap nak belajar dengan ana...katanya saya tak tahan tengok coklat topping akak yang menghelit2 dan berkilat tu...leh suluh muka... ..dan saya juga nak belajar cara buat rose akak yg itam tu hehehe...ok najah...hajat dah kesampaian...harap berpuas hati yer..
..Walaupun pada mula bila tau yg dia tangan kidal..alamak mula ana dah rasa susah hati sebab susah nak mengajar org kidal wat rose nie..namun Alhamdullilah...tunjuk sekali dua jer dia dah leh wat rose yang cantik macam nie..dia ni jenis anak murid yang terang hati nie hihihi...semua bunga-bunga rose tu adalah dari hasil tangan dia sendiri...untuk Najah selamat maju jaya ya...Untuk pengetahuan anda w/pun namanya kelas personal tapi yurannya nya tetap sama tau..tak de extra2...
...Jadi pada yang berminat sila la booking date anda dengan ana ya..date tu pulak kene ler tgk dgn hari off day ana..jika kena...sure kelas boleh dijalankan..x de masalah...
..Najah juga minta agar diajarkan bunga rose yang pecah-pecah macam nie..so la ni dh tau kan cemana nk wat rose pecah heheheh...balik praktis lagi naaa....sure dapat skil tu..tp jgn wat rose hentam keromo dah na pas nie..

Friday, February 19, 2010

Tempahan post CNY..






...Tempahan selepas CNY...thanks to all my customer...

Kelas CMC - kak ida dan Laila


..Laila, my ex student request nak kelas ni secepat mungkin...heheh dia kata nak wat kek nanti sempena besday mak mertua dia kot..sori naa kalu tersilap hehehe..mak mertua laila cukup sporting sentiasa memberi perangsang kat dia suh belajar bab-bab deko kek ni..w/pun laila kata dia tk pandai buat kek dan masak-memasak hehehe...tapi tabik spring kat laila dia punya kebolehan lain..iaitu membuat hantaran kahwin..yang cantik-cantik..dia pulak ajak kak ida sama hari tu..kak ida ni dh 4 kali attend kelas ana..jauh dia datang dari Nibong Tebal..kak ida sangat lemah lembut orangnya...cakap pun soft ja hehehe..kami berdua pulak yg sora kuat bila bercakap..lebih2 lagi bercampur dgn kalut pulak hihihih...ok thanks to kak ida dan laila ya..depa mai ketika ana dok sibuk dgn tempahan2 pada hari tu..thanks for idea..kak ida dan laila...hihih

Wednesday, February 17, 2010

Weekend yang sibuk ...Part 2












..Salam semua, Alhamdullilah, semua tempahan ni dapat disiapkan pada weekend baru-baru nie..banyak pula yang menempah serentak dan sama hari..terima kasih semua pelanggan-pelanggan yang dihormati...lepas habis tempahan baru la terasa lelahnya hehehe

Weekend yang sibuk...Part 1






...Alhamdulillah diatas limpah kurnia rezeki dariNya..hujung minggu yang sibuk dengan tempahan-tempahan..ini adalah sebahagian tempahan yang sempat kusiapkan dalam masa satu hari..agak letih tapi hati puas dapat menyiapkan semuanya...terima kasih tak terhingga buat suami yang banyak membantu...

Tuesday, February 16, 2010

Tempahan CMC rose ganache






...Salam semua, cuti CNY ni banyak pula yang bertunang dan melangsungkan hari bahagia..kali ni banyak tempahan untuk CMC rose ganache nie..Alhamdullilah...diatas rezeki yang Allah limpahkan....CMC sesuai untuk majlis merisik, tunang mau pun hantaran perkahwinan...Untuk yang berminat nak menempah sila booking tempahan anda..sebab nak kena prepare awal ganache utnuk bunga ni..dan bagi sesiapa yang meminati teknik bunga rose ganache ni ..sila ikuti kelas CMC rose ganache..anda akan diajar cara mendapatkan ganache yang cantik dan berkilat-kilat...

Tuesday, February 9, 2010

Kelas Steam BC/Cartoon artwork -hands on







...Kelas hands on steam BC dan cartoon artwork ini di booking oleh Ana dan Kak Ros..juga bekas student kelas ana sebelum ni...Kedua- mereka mengambil cuti untuk kelas ini..Terima kasih ya Ana dan Kak Ros..kelas bermula jam 10pagi dan berakhir sekitar jam 7 petang..Ana dan Kak Ros begitu tekun menyiapkan kek masing-masing..mereka datang sekali kerana kebetulan tinggal berdekatan...walaupun penah belajar membuat rose dari ganache sebelum ni tetapi mereka tetap memilih rose juga untuk buttercream kerana berminat nak belajar rose dari BC..tengoklah hasil-hasil bunga dari tangan mereka..sangat indah bukan?...kerana terlalu asyik dengan rose hingga terlupa nak buat bunga 5 kelopak tu..hehehe...apa-apa pun sempat jugak teknik bunga tu ditunjukkan...untuk kelas kali ini sengaja ana buat bc versi agak lembut...hehehe sebenarnya cantik juga jika dari BC jenis lembut...cuma yang penting pandai kontrol tangan kan...Ana juga nak hadiahkan kek ni untuk mak dan ayahnya sempena anniversary mereka..kek dibawa dari Penang ke Lumut then ke Johor...jauh berjalan kek stim BC tu..hehehe
...Untuk cartoon artwork pulak Ana memilih princess snow white..sementara kak ros pula memilih strawberry shortcake..ok semoga kita berjumpa lagi dilain kelas..InsyaAllah

Kelas Cheesecake dan Aneka tart - hands on






..Salam semua, kelas hands on cheese cake dan aneka tart adalah diminta oleh kak Sham, Suhaila dan Samsinar...mereka semua adalah bekas student kelas-kelas ana sebelum nie..kelas bermula jam 9.30am dan habis sekitar jam 6.30petang..kelas bermula dari A to Z..maknanya student belajar membuat dari awal...terima kasih buat kak syam ,su dan sam ya...nanti kita jumpa lagi dikelas nasi dan lauk pauk kenduri pulak..hehehe...

Monday, February 1, 2010

Kelas Basic Cupcakes..



Kelas basic cupcakes yang dihadiri oleh 5 orang student, hanya 4 orang jer dalam gambar sebab kak Faridah terpaksa balik sebelum sempat berganbar sebab anaknya muntah dalam kereta...kelas hari tu dihadiri oleh Kak Zaitun, Laila, Masnizah dan Yas..thanks semua...anda semua berbakat...

Strawberries sponge with Fresh Cream




...Tempahan dari Laila, student kelas basic cupcakes..Laila menempah untuk majlis hari jadi ibu mertuanya...terima kasih Laila...bertuah mak mertua dapat ,menantu macam awak..dah la suh mai belajar kelas deko cupcakes...:)...B'berry cheese tart pulak ditempah oleh Afiq..Afiq kerap menempah cistat ni...thanks ya Afiq diatas sokongan kepada biz kak zana..

Kelas CMC dan birthday cake - Sham & Zuraida



...kelas berlangsung dengan Sham mengambil kelas birthday kek dan Kak Zuraida yang request CMC rose ganache..kak zuraida dan sham thanks ya...sudi belajar dengan saya..
kepada kak syam SP terima kasih kerana menrekomenkan kelas cmc ni kat kak Zuraida...

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails