Tuesday, August 23, 2011

"Program Jejari Bestari"


Puan Marlia sedang menunjukkan skil beliau..jangan tak tau kak marlia ni memang berbakat mendeko dia juga seorang baker ketika muda, buat biz kek mcm kita juga






bersama sebahagian student, x muat nak bergambar ramai-ramai sebab Tabika tu kecik hehehe

Resipi

banner program
Salam semua,

Salam Ramadan untuk semua pengunjung blog saya, lama tidak berupdate, blog pun penuh sawang..huhuhu.baru-baru ini saya dijemput untuk megajar kelas asas mendeko di Kampung Bukit Sidam, Padang Serai Kedah. Program tersebut adalah dibawah Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Program yang saya kira sangat bagus dibuat oleh Jabatan ini untuk kaum-kaum ibu yang tinggal di luar bandar. Saya dijemput oleh Puan Marlia, Bekas Adun Merbau Pulas dan juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Kulim. Terima kasih buat Puan Marlia diatas jemputan ini. Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini adalah diharapkan dapat dimanafaatkan bersama untuk kaum ibu-ibu untuk mencari sedikit pendapatan sampingan.Seramai 31 orang kaum ibu belajar pada hari itu..bayangkan student saya seramai itu..inilah kelas yang paling ramai penah saya ajar..nasib baik kelas saya dibantu oleh dua orang student saya..Lina dan juga Intan..kalau saya seorang rasanya tak mampu nak handle semua..ye lah kelas hands on perlukan kita untuk kesana-kemari ..:)

Terima kasih juga buat 2 org bekas student saya iaitu Lina dan Intan kerana sudi membantu sepanjang program ni berlangsung..
Jutaan terima kasih buat Puan Marlia diatas jemputan ini, InsyaAllah selepas raya akan menyusul lagi dengan kelas-kelas yang lain pula..Alhamdullilah..

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails